Wednesday, February 10, 2010

Catatan Keluarga Akhir 2009

Liyana dapat hadiah kelas Literasi Felda Sungai Mas
Adlin dapat hadiah Hari Anugerah Kecemerlangan SK. Bandar Mas.



Haziq dapat keputusan 5A dalam UPSR 2009, kini belajar
di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI).





Lawatan Kelantan dan Terengganu Dis 18 - 21, 2009


Aku dan ahli Kompang Sinar Mas , Bandar Mas mengadakan lawatan, lebih senang shoping di Rantau Panjang, Kota Bahru dengan Wakaf Che Yeh dan tidak ketinggalan Pasar Payang. Aku menginap di PCB. Sampai rantau Panjang kira-kira jam 9.00 pagi, langsung shoping hingga 12.00 tengah hari. Terus bertolak ke Kota Bahru, sempat singgah di Pasar Mek Zainab dan belah malamnya pergi ke Wakaf Che Yeh walaupun hari huja. Sempat jumpa Cikgu Azmi dan isteri di Wakaf Che Yeh. Esoknya bertolak ke Kuala Terengganu dan terus ke Masjid Kristal dan lagsung ke Pasar Payang. Rasanya tak sempat nak pusing habis itupun aku dan isteriku bawa haluan masing-masing, aku ke Pasar Payang, isteriku ikut Lela cari tudung tempat lain. Jam 2.30 aku bertolak pulang ke Johor.Nak jumpa Hisham pun tak dapat, dia balik kampung di Batu Kikir.

Wednesday, November 4, 2009

PASKOM, SINAR MAS, BANDAR MAS


Sejarah PASKOM:

Ditubuhkan pada 15 April 2004, dengan 35 orang ahli di sekitar Bandar Mas dan Felda Papan Timur. Bergiat aktif dengan menerima jemputan mengarak pengantin untuk persandingan dan malam berinai. Telah menyertai beberapa pertandingan kompang peringkat DUN serta pertandingan bagi Wilayah KEJORA. Ahli terdiri daripada kalangan generasi tua dan muda termasuklan pelajar, belia, kakitangan swasta serta kakitangan kerajaan terutamanya guru. Menjaga kebajikan ahli dengan pelbagai insentif seperti elaun, lawatan, hari keluarga dan sebagainya.

LaguPopular PASKOM

1. Ya Mulail
2. Enjit-enjit Semut
3. Selamat Bersanding
4. Selawat Nabi
5. Sila Masuk
6. Tajuk Johor
7. Selamat Tinggal
8. Segala Puji

PASKOM Sinar Mas , Bandar Mas


Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 bersama Adun Penawar,
Puan Hamimah Mansor, di Lorong Geliga Bandar Mas.



Friday, July 17, 2009

Pulang ke Tanah Tumpah Darahku


Majlis perkahwinan, rumah Abang Yusak.

Keluarga besar di Kampung Baru, Batu 16, Bagan Datoh , Perak.












Monday, June 22, 2009

Hasil kerja tanganku berbulan-bulan







Bermula April 2008 sehingga April 2009 aku mengisi masa lapangku dengan bertukang rumahku sendiri. Di samping membuat assignment, kuliah, kerja sekolah dan kerja-kerja lain aku mengeluarkan peluh dengan bertukang. dari mula sehinggalah selesai termasuklah membuat tapak konkrit, menerap batu blok, memasang kerangka kayu, memasang atap, memasang syiling, plaster, memasang jurbin dan akhirnya elektrik serta paip aku buat sendiri. Hanya bahagian kabinet atas dan pintu kabinet saja yang aku tempah.

Dalam tempoh setahun aku dapat menyiapkan dapurku dengan kos isteriku berukuran 35 kaki x 14 kaki.






Tuesday, June 16, 2009

Kursus Penggubalan Item dan Penarafan Bengkel KH, Hotel Kelebang Beach Resort, Melaka. Pada 15 hingga 17 Jun 2009

Aku bersama 3 orang jurulatih Daerah Kota Tinggi iaitu aku sendiri, Cikgu Raze Mostam dan Cikgu Jaafar Atan telah menghadiri kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Kemahiran Hidup bagi jurulatih utama negeri Johor di Hotel Kelebang Beach Resort Melaka. Sepanjang kursus selama 3 hari ini peserta kursus telah dibahagikan kepada kumpulan iaitu kumpulan pembinaan item dan kumpulan menggubal item penarafan bengkel KHSR. Pada keseluruhannya bengkel atau kursus ini dapat dilaksanakan dengan baik serta tempat yang amat bersesuaian dengan program ini.

Catatan Sepanjang Kursus

Sunday, November 16, 2008

HAKA TAHUN 2008







6Bestari 2008 dalam kenangan.


Semoga kalian ingat pesanan, jadi insan
berguna kepada agama, bangsa dan negara.


Puteri 6 Bestari & 6 Bijak 2008

Putera 6 Bestari & 6 Bijak 2008


Nakal-nakalnya.........


Thursday, October 16, 2008