Wednesday, November 4, 2009

PASKOM, SINAR MAS, BANDAR MAS


Sejarah PASKOM:

Ditubuhkan pada 15 April 2004, dengan 35 orang ahli di sekitar Bandar Mas dan Felda Papan Timur. Bergiat aktif dengan menerima jemputan mengarak pengantin untuk persandingan dan malam berinai. Telah menyertai beberapa pertandingan kompang peringkat DUN serta pertandingan bagi Wilayah KEJORA. Ahli terdiri daripada kalangan generasi tua dan muda termasuklan pelajar, belia, kakitangan swasta serta kakitangan kerajaan terutamanya guru. Menjaga kebajikan ahli dengan pelbagai insentif seperti elaun, lawatan, hari keluarga dan sebagainya.

LaguPopular PASKOM

1. Ya Mulail
2. Enjit-enjit Semut
3. Selamat Bersanding
4. Selawat Nabi
5. Sila Masuk
6. Tajuk Johor
7. Selamat Tinggal
8. Segala Puji

PASKOM Sinar Mas , Bandar Mas


Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 bersama Adun Penawar,
Puan Hamimah Mansor, di Lorong Geliga Bandar Mas.



Friday, July 17, 2009

Pulang ke Tanah Tumpah Darahku


Majlis perkahwinan, rumah Abang Yusak.

Keluarga besar di Kampung Baru, Batu 16, Bagan Datoh , Perak.












Monday, June 22, 2009

Hasil kerja tanganku berbulan-bulan







Bermula April 2008 sehingga April 2009 aku mengisi masa lapangku dengan bertukang rumahku sendiri. Di samping membuat assignment, kuliah, kerja sekolah dan kerja-kerja lain aku mengeluarkan peluh dengan bertukang. dari mula sehinggalah selesai termasuklah membuat tapak konkrit, menerap batu blok, memasang kerangka kayu, memasang atap, memasang syiling, plaster, memasang jurbin dan akhirnya elektrik serta paip aku buat sendiri. Hanya bahagian kabinet atas dan pintu kabinet saja yang aku tempah.

Dalam tempoh setahun aku dapat menyiapkan dapurku dengan kos isteriku berukuran 35 kaki x 14 kaki.






Tuesday, June 16, 2009

Kursus Penggubalan Item dan Penarafan Bengkel KH, Hotel Kelebang Beach Resort, Melaka. Pada 15 hingga 17 Jun 2009

Aku bersama 3 orang jurulatih Daerah Kota Tinggi iaitu aku sendiri, Cikgu Raze Mostam dan Cikgu Jaafar Atan telah menghadiri kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Kemahiran Hidup bagi jurulatih utama negeri Johor di Hotel Kelebang Beach Resort Melaka. Sepanjang kursus selama 3 hari ini peserta kursus telah dibahagikan kepada kumpulan iaitu kumpulan pembinaan item dan kumpulan menggubal item penarafan bengkel KHSR. Pada keseluruhannya bengkel atau kursus ini dapat dilaksanakan dengan baik serta tempat yang amat bersesuaian dengan program ini.

Catatan Sepanjang Kursus