Monday, June 22, 2009

Hasil kerja tanganku berbulan-bulan







Bermula April 2008 sehingga April 2009 aku mengisi masa lapangku dengan bertukang rumahku sendiri. Di samping membuat assignment, kuliah, kerja sekolah dan kerja-kerja lain aku mengeluarkan peluh dengan bertukang. dari mula sehinggalah selesai termasuklah membuat tapak konkrit, menerap batu blok, memasang kerangka kayu, memasang atap, memasang syiling, plaster, memasang jurbin dan akhirnya elektrik serta paip aku buat sendiri. Hanya bahagian kabinet atas dan pintu kabinet saja yang aku tempah.

Dalam tempoh setahun aku dapat menyiapkan dapurku dengan kos isteriku berukuran 35 kaki x 14 kaki.






Tuesday, June 16, 2009

Kursus Penggubalan Item dan Penarafan Bengkel KH, Hotel Kelebang Beach Resort, Melaka. Pada 15 hingga 17 Jun 2009

Aku bersama 3 orang jurulatih Daerah Kota Tinggi iaitu aku sendiri, Cikgu Raze Mostam dan Cikgu Jaafar Atan telah menghadiri kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Kemahiran Hidup bagi jurulatih utama negeri Johor di Hotel Kelebang Beach Resort Melaka. Sepanjang kursus selama 3 hari ini peserta kursus telah dibahagikan kepada kumpulan iaitu kumpulan pembinaan item dan kumpulan menggubal item penarafan bengkel KHSR. Pada keseluruhannya bengkel atau kursus ini dapat dilaksanakan dengan baik serta tempat yang amat bersesuaian dengan program ini.

Catatan Sepanjang Kursus